Tuesday, May 22, 2012

Oh! Manusia :)

Assalamualaikum w.b.t

sengaja mahu berbincang pada post kali ini mengenai "Oh! Manusia :) "

Pertama-tama skalinya, saya bukanlah pelajar subjek bahasa Melayu/Malaysia yang hebat atau bijak mengarang. Malahan saya juga bukan guru atau pendidik yang mahir menggunakan bahasa Melayu/Malaysia. Saya hanyalah manusia biasa iaitu seorang gadis yang berumur 20-an yang belum menemui kerjaya pilihan dan masih meneruskan proses pencarian ilmu dunia juga akhirat yang ingin sekali meluahkan pendapat saya dalam entri blog saya pada kali ini.

Berdasarkan pemerhatian saya selama ini. Tidak kira pemerhatian yang dijalankan di rumah mahupun di kalangan manusia sekitar, termasuk pemerhatian secara terus menerus mahupun tidak, saya mendapati sikap seseorang manusia itu ada yang sama dan ada yang berlainan. Well, bak kata pepatah rambut sama hitam, hati lain-lain.

*tetttt incoming call from N**** -> begayut 2-3 jam setgh semua idea ilang sudah =.='

*continued & ilham mencurah-curah jatuh ke ladang gandum pop jadilah nukilan di bawah :)

Cuma sekadar renungan dan santapan jiwa bersama, jika kita ada seseorang dalam hidup tidak kiralah dia adalah anak, servant, atau siapapun mereka. Janganlah kita memburuk-burukkan mereka, menceritakan aib mereka kepada orang lain, membuka pekung di dada mereka, mengumpat mereka, mengata mereka atau melakukan hal-hal yang sama waktu dengan hal-hal di atas terhadap mereka. Sememangnya, mereka hanyalah anak, servant, atau siapapun bagi kita tetapi, mereka juga manusia. Dan, manusia yang sama dengan kita yang mempunyai hati dan perasaan  serta maruah yang ingin sesekali dihormati biar hina mana pun mereka.

Namun, sudah lumrah manusia bahawasannya golongan yang lemah itulah yang selalu menjadi bahan tawa dan ejekan serta penerima tohmahan-tohmahan keji dari yang berkuasa. Sedarkah kita bahawa kita sebenarnya menghina hasil ciptaan Ya Rabb ? bilamana kita melakukan hal yang sedemikian ? wajarkah tindakan tersebut kita lakukan yang kita sendiri sedari bahawa setiap muslim itu bersaudara ? dan kita lakukan perbuatan terkutuk tersebut dengan saudara kita sendiri ? kita ibarat memakan daging saudara kita sendiri kan ?

Kesimpulan yang dapat saya berikan di sini, Orang mukmin itu sentiasa merasakan dirinya lebih hina berbanding dengan yang lain sekalipun dengan orang yang lebih tua dan sekalipun dengan kanak-kanak kecil. Orang mukmin itu apabila melakukan dosa, segera beristighfar. Orang mukmin itu jika melihat, dia mengambil pelajaran. Orang mukmin itu jika berbicara dia berzikir.

Ketepikan keburukan orang lain dengan iringan doa buat mereka, lihat kebaikan dalam diri mereka dan contohi. Insafilah diri sendiri yang penuh debu-debu dosa dan titik hitam.


Kita tak berhak langsung untuk menilai manusia, kerana hanya Allah yang tahu siapa sebenar hamba-Nya. Buruk pada pandangan manusia tak semestinya buruk pada pandangan Allah. Siapa tahu hati manusia selain Pencipta manusia itu sendiri?



Mungkin kita lebih teruk berbanding mereka kan?



Mungkin bagi kita orang itu hodoh tapi bagi ALLAH S.W.T dialah yang tercantik budi pekertinya.


Kerana, semua manusia adalah sama di sisi ALLAH S.W.T dan yang membezakan kita adalah amalan dan ketakwaan kita terhadap-Nya :)

Jangan hanya melihat orang lain, lihat diri sendiri. Jangan hanya tahu mengkritik orang lain, tetapi sesalilah dan tilik diri sendiri.

copy daripada sini ^^ 

pssstttt : tiap yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T & tiap kekurangan itu datangnya dari saya sendiri :)

Sekian, dan Wassalam . . .

p/s: dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Bulan Rejab ... insyaAllah panjang umur dan murah rezeki serta sihat tubuh badan akan bersua dengan Syaaban dan seterusnya yang dinanti-nantikan Ramadhan bulan Mulia bulan untuk kita semua umat Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam ... insyaAllah ... Amin Ya Rabb :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.