Assalamualaikum w.b.t
nda sedar pun dia ada masa tu dan tidak jangka pula yang dia akan hadir dalam majlis tersebut kerana aku yakin bahawa dia memang tidak akan menghadirkan diri dalam majlis- majlis sedemikian setelah incident beberapa tahun lepas yang telah melibatkan hati dan perasaan kami berdua terjadi.
kalau ingat balik, lucu pula gaya masa tu macam budak-budak yang baru dapat gula-gula lagaknya. hahaha! ah~ biarkanlah yang lepas itu berlalu dengan tenang tanpa mengganggu hati dan perasaan yang sudah terguris ini, akan tetapi segala kenangan terindah tersebut masih tersimpan rapi jauh di lubuk hatiku yang paling dalam.
tidak salah untuk dia merapatkan matanya bertentangan dengan mataku, tetapi haruslah dia ingat bahawa masa pantas berlalu meninggalkan kita dan yang tinggal hanyalah kenangan dan kenangan itu sama sekali tidak terlupakan jika benar masih tersimpan rasa kasih dan sayang
dan pandangan itulah yang selama ini aku cari yang tidak pernah berpenganti dan satunya yang mampu membuat hati wanitaku lemah tak berdaya. namun, setelah dia pergi dan menghilang tanpa pesan meninggalkan aku terkatung katung seorang diri melayani hati dan perasaan yang telah terguris dek kerana terjarumus dalam kancah kerinduan yang tidak terhingga terhadapnya disamping hasad dengki dan tohmahan-tohmahan yang dihambur oleh mulut-mulut yang tidak mahu melihat kami gembira dan bahagia bersama seakan membuat hati ini tertutup untuk menerima kebahagian selain darinya.
salahkah aku bahagia bersama dirinya atau adakah aku pantas mengkhianati dan dikhianati olehnya?
tanpa kusedari, pandangan yang menatap wajahku sedari tadi yang seakan beria-ia ingin aku menatapnya kembali seolah-olah ingin mengungkapkan sesuatu kepadaku, lalu aku balas dengan pandangan seribu tanda tanya seolah-olah tidak mengerti apa yang sedang dia fikirkan dan apa lagi yang dia inginkan dariku.
yah! aku akui bahawa aku insan lemah selemah-lemah insan yang diciptakan olehNya, tapi aku juga mempunyai maruah dan harga diri yang tidak senang-senang boleh terungkai dan dipijak-pijak dek oleh ego manusia yang tidak layak sepertinya! tidak sama sekali! dan tidak lagi! untuk yang kesekian kalinya untuk kali ini!
akhirnya, aku gagahkan juga diri yang lemah ini untuk melangkahkan kaki yang telah terkulai layu sedari aku terpandang sepasang mata itu tadi dan aku teruskan langkah menuju ke kereta untuk membebaskan diri dari terus mengimbau kembali kenangan silam antara aku dan dia agar aku tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama buat kali yang seterusnya. tidak kali ini!
ku harap dia mengerti bahawa bukan aku membencinya. namun, hati inilah hati yang pernah dia sakiti dan hati ini berharap akan dapat terbuka sekali lagi. jika ada seseorang yang benar-benar dapat membuka hati ini sebagaimana dia membukanya dulu, tapi bukan dia! tidak mungkin, tapi berkemungkinan. (adakah ini separuh dari apa yang sebenarnya hatiku harapkan?)
kuharap ia tidak mustahil kerana kuyakin, kunci tersebut akan termiliki oleh orang yang sepatutnya dan sememangnya layak untuk membuka kembali pintu hati ini untuk menyayangi dan mencintai sekali lagi.
sebagaimana aku, pernah menyayangi dan mencintainya dulu.
dia yang pernah aku sayangi …